CARA
MENGATASI MASALAH SOSIAL
Nazli Azman
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Selain punca-punca lain, terdapat
punca lain yang mendatangkan gejala sosial
adalah globalisasi dan modenisasi. Perubahan-perubahan pantas tahap
nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi.
Globalisasi tidak saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke
arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menuruti landasan
Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat
dan multimedia sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda
globalisasi.
Lazimnya, kita sebagai manusia
mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trendy, iaitu bukan dari
budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah
aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan
rambut, memakai anting-anting atau tatu bahkan sampai kepada hal-hal yang
sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh
menjurus kepada masalah- masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin
sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di
negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB)
seperti Brunei Darussalam, ia merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu
dielakkan.
Globalisasi bergerak seiringan dengan
modenisasi. Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan
kemewahan, oleh sebab itu mereka menjadi semakin individualistik dan
materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden
mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap saudara-mara
atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional juga sudah
ditinggalkan. Bukan saja berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu
tetapi juga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraan adalah
sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat
mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim. Firman Allah SWT
: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya
kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling takwa di antaramu. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara
dua kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang
menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap Muslim dari
melakukannya. Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia
akibat dari perbuatan devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan
untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil. Terdapat pelbagai jenis
kaedah yang boleh diambil.
1.0
Peranan Ibubapa
Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di
laman blognya yang bertajuk Punca-punca Dan Cara-cara Mengatasi Masalah
Disiplin mengatakan bahawa antara punca paling utama yang menyumbang kepada
masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga. Justeru, menurut
Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang
harus diambil ialah menghidupkan kembali peranan ibubapa yang aktif dalam
memastikan tahap akhlak dan keperibadian anak-anak sentiasa utuh dalam diri
mereka.
Peranan ibu bapa adalah amat penting
dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa
mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.
Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam tulisannya di akhbar Berita
Harian Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca Masalah Sosial, beliau
menyatakan bahawa akibat dari kesibukan kedua ibubapa mengejar kerjaya,
kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga hanya dipandang sepi
dan remeh. Jika semakin membarah baru hendak diambil tindakan. Sewaktu itu nasi
sudah menjadi bubur bagi ibubapa tersebut. Selain itu ibubapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik.
Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan
sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan
penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak
cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri
serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
2.0
Peranan Pihak Sekolah
Menurut Lokman Mohd Hashim (2009)
dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan
Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang boleh diambil dalam mengekang
penularan masalah gejala sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak sekolah
terutama dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan
aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan
ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan
teknik pengajaran luar kelas.
Malah menurut beliau lagi, pihak
sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan
undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan
pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah
dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh
pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan
oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis. Selain langkah perundangan, langkah-langkah pencegahan yang
bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.
Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi
masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor
yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan
keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
juga perlu diperkasakan dengan memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang
lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi
pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG janganlah jadi umpama “Kucing tak
bergigi, Tikus lompat tinggi-tinggi”.
Menurut Asnah Hamid (2007) melalui
artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini,
beliau telah menggariskan beberapa peranan yang harus dimainkan oleh pihak
sekolah dalam membendung penularan masalah sosial ini. Sekolah mempunyai fungsi
yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain
sekolah boleh menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan
produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik
mereka itu pelajar atau petugas. Boleh juga memperbaiki suasana persekolahan,
mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan
persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau
institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai
murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati
peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga
standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai,
bekerjasama, melakukan self-criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati
ulama' dan sebagainya. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi
kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara
wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan
tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum
atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.
Bimbingan dan nasihat yang lemah
lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta
dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan
satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh
yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru
tidak mampu lagi untuk digunakan.
Demikianlah dalam Islam pembelajaran
tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh berbagai cara
dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih
bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan
kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya
dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah
lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah
dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan
kecacatan fizikal dan sebagainya.
3.0
Peranan Media Massa
Menurut
Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial
Di Kalangan Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa merupakan satu
mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam
pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan
peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di
dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan
sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas
dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham
kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa
hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras
dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah
meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk
memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan
sebagainya.
Para
pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa,
guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah,
membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta
keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak
atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh
menjadi wahana cultural domination dan imperialisme melalui berbagai saluran
teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.
4.0
Peranan Rakan Sebaya
Menurut
Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah
Sosial Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan merupakan antara
agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah
rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam
tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan
adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan
nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka.
Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan
dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan
generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya
(1972) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha
merentasi jurang generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan
pemikiran ibubapa mereka. Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan
perempuan adalah :
•
kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka
dan para penjaga mereka
•
kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka
lakukan
•
wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan
pemikiran ibubapa dan penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja
umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu untuk
mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam
memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu
lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan
mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa.
5.0
Peranan Rumah Ibadah
Menurut Asnah Hamid (2007) lagi
melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan Remaja
Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah
masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara
berjemaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam, bahkan di
kota-kota besar dunia kewujudan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa.
Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang
kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai
peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak
dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam
lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al
Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.
Ilmu yang dipelajari di masjid pada
masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, roh Islam dan akhlak. Ia
mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu yang
dipelajari membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada
Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi.
Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan
semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan
sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .
Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan,
kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di dalam atau di pekarangan
masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah:
1. Kelas Fardu
Ai
2. Kelas
Tajuid & Qiraat
3. Kelas
Bimbingan Remaja
4. Kelas
Bahasa Arab
5. Ceramah
Berkala
6. Seminar
Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus
Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus
Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah
atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus
Dakwah dan Imamah.
11. Acara
Tadarus al-Quran.
12. Khemah
Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan
Masjid.
14. Kegiatan
Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar
Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin
Memakmurkan Masjid.
17.Membentuk
organisasi Belia Masjid (Rakan Masjid)
Seluruh agensi sosial, Jentera
Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan Badan-badan Korporat,
swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama berperanan meningkatkan
kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup beretika dan
berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai
akhlak tersebut dan sebagainya.
Analisis dan
Perbincangan : Kesalahan Tatabahasa
Petikan yang telah saya pilih adalah bertajuk “Cara Mengatasi Masalah Sosial” yang ditulis oleh Nazli Azman dari
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dan petikan tersebut dimuat naik ke laman sosial
pada tahun 2011. Petikan yang dipilih tersebut telah saya analisis dari dua aspek,
iaitu morfologi dan sintaksis. Sehubungan itu, terdapat beberapa kesalahan
bahasa yang telah dikesan dan dibincangkan seperti berikut.
1.
Kesalahan dari segi
Ejaan
Dalam petikan ini, terdapat empat perkataan yang mempunyai
kesalahan dari segi ejaan. Kesalahan dari segi ejaan menyebabkan
perkataan-perkataan yang dieja tidak membawa sebarang makna. Hal ini berlaku
kemungkinan sikap kecuaian semasa penulis dalam menaip perkataan atau sebab
lain. Perkataan-perkataan yang mempunyai kesalahan dari segi ejaan seperti :
|
Kesalahan Ejaan dari Petikan
|
Ejaan yang dibetulkan
|
|
Ibu bapa hendaklah
sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai
masalah tersebut.
|
Ibu bapa hendaklah
sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka
serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi
masalah tersebut.
|
|
Malah di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk
memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang
dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak
dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
|
Malah didahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk
memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih bersembahyang
dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak
dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
|
|
Kesilapan di dalam
memilih kelompok rakan setara samada
bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng
dan sebagainya.
|
Kesilapan di dalam
memilih kelompok rakan setara sama ada
bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng
dan sebagainya.
|
|
Pihak sekolah juga perlu
memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti
ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang.
|
Pihak sekolah juga perlu
memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti
ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwenang.
|
2.
Kesalahan dari segi
Kata Majmuk
Kata majmuk merujuk kepada dua kata dasar atau lebih yang
dirangkaikan menjadi satu maksud. Berdasarkan petikan, terdapat kata majmuk
yang bukan digolongkan sebagai bentuk kata majmuk yang mantap. Justeru, bentuk
kata majmuk tersebut hendaklah ditulis secara berasingan. Kesalahan-kesalahan kata
majmuk yang dikesan dari petikan adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Kata Majmuk dari Petikan
|
Kata Majmuk yang dibetulkan
|
|
beliau menyatakan bahawa
akibat dari kesibukan ibubapa mengejar
kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga hanya
dipandang sepi dan remeh.
|
beliau menyatakan bahawa
akibat dari kesibukan ibu bapa mengejar
kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan sosial dalam keluarga hanya
dipandang sepi dan remeh.
|
3.
Kesalahan dari segi
Penggunaan Imbuhan
Berdasarkan petikan, terdapat beberapa kesalahan imbuhan yang berlaku
pada pembentukan perkataan. Kesalahan penggunaan imbuhan menyebabkan perkataan
tersebut kurang tepat dalam menyampaikan makna dalam ayat. Kedua-dua ayat yang
mempunyai kesalahan dari segi penggunaan imbuhan adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Imbuhan
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Globalisasi bergerak seiringan dengan modenisasi.
|
Globalisasi bergerak seiring dengan modenisasi.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Akhiran –an ialah
imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar. Akhiran dalam bahasa
Melayu hanya wujud pada kata nama dan kata kerja. Sehubungan itu, perkataan
“seiring” bukan digolongan sebagai kata nama atau kata kerja. Justeru,
perkataan “seiring” tidak boleh ditambah dengan akhiran –an.
|
|
4.
Kesalahan dari segi
Kata Sendi Nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Berdasarkan petikan, terdapat beberapa kesalahan dari segi penggunaan kata
sendi nama dalam pembinaan ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan maksud yang
disampaikan adalah kurang sesuai dari segi struktur ayat. Kesalahan dari segi
kata sendi nama adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Kata Sendi Nama
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Ia merupakan agen
sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam
menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat.
|
Ia merupakan agen
sosialisasi dan memainkan peranan penting dalam
menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat.
|
|
Beliau menyatakan bahawa
rakan merupakan antara agen sosial yang berpengaruh di
dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya.
|
beliau menyatakan bahawa
rakan merupakan antara agen sosial yang berpengaruh dalam
membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata sendi nama “di” digunakan
khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata
sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang
mengikutinya. Berdasarkan ayat di atas, perkataan yang mengikuti kata sendi
nama “di” bukan merujuk kata nama yang menunjukkan tempat. Oleh itu, kata
sendi nama “di” dalam ayat di atas hendaklah digugurkan.
|
|
|
Kesalahan Kata Sendi Nama
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Untuk mengelakkan
keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat
dari perbuatan devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan
untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil.
|
Untuk mengelakkan
keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat perbuatan
devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk mengurangkan
masalah gejala sosial harus diambil.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata sendi nama “dari” digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala
perkataan “akibat” dalam ayat di atas telah membawa maksud hasil atau
keputusan daripada sesuatu peristiwa (perbuatan). Justeru, kata sendi nama “dari”
dalam ayat di atas haruslah digugurkan.
|
|
5.
Kesalahan dari segi
Kata Nafi
Kata nafi yang hanya hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi
unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, krasa adjektif,
dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
Berdasarkan petikan, terdapat satu kesalahan dari segi penggunaan kata nafi
dalam pembinaan ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan maksud yang disampaikan
adalah kurang sesuai dari segi struktur ayat. Kesalahan dari segi kata nafi
adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Kata Nafi
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Globalisasi tidak saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi ia
merentasi ke arah budaya dan pemikiran.
|
Globalisasi bukan saja ditanda dengan dominasi ekonomi tetapi ia
merentasi ke arah budaya dan pemikiran.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata nafi “bukan” hadir
sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut
mendukung maksud pertentangan maklumat. Sehubungan itu, perkataan “tetapi”
yang hadir dalam ayat sebagai kata kata hubung dan secara langsung membawa
maksud pertentangan kepada seluruh ayat. Justeru, kata nafi “tidak” yang
digunakan dalam ayat di atas haruslah ditukar kepada “bukan.
|
|
6.
Kesalahan dari segi
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau
kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau
frasa adjektif. Berdasarkan petikan, terdapat satu kesalahan dari segi
penggunaan kata penguat dan kata sendi nama yang digunakan secara serentak
dalam pembinaan ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan maksud yang disampaikan
adalah kurang tepat dari segi struktur ayat. Kesalahan dari segi kata penguat
adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Kata Penguat
dari Petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
……mengatakan bahawa antara punca paling utama
yang menyumbang kepada masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari
keluarga.
|
a) ……mengatakan bahawa antara punca yang
menyumbang kepada masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga.
ATAU
a) ……mengatakan bahawa punca paling utama yang
menyumbang kepada masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti
frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung
dalam kata atau frasa adjektif.
Manakala kata sendi nama “antara” membawa maksud “mencelah dengan sesuatu yang lain”. Daripada makna yang
diberi oleh “paling” dan “antara”, jelas menunjukkan pertentangan maksud yang
dibawa kepada pembinaan ayat. Justeru, kedua-dua kata ini tidak dapat hadir serentak dalam satu
ayat.
|
|
7.
Kesalahan dari segi
Kata Ganda
Kata ganda merupakan kata dasar yang mengalami proses pengulangan dalam
dua cara, iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan yang melibatkan
sebahagian kata dasar sahaja. Berdasarkan petikan, terdapat satu kesalahan dari
segi penggunaan kata ganda dalam pembinaan ayat. Kesalahan tersebut menyebabkan
pembinaan struktur ayat yang kurang tepat. Kesalahan dari segi kata ganda dalam
struktur ayat adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Penggunaan Kata Ganda dalam
struktur ayat dari petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Begitu
juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
|
Begitu
juga dengan perubahan teknik-teknik pengajaran
seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas.
|
|
Penjelasan
|
|
|
Maksud ayat di atas yang
ingin disampaikan dan ditegaskan adalah teknik pengajaran yang mengalami
perubahan. Selain itu, pengulangan kata dasar berlaku hanya sekali dalam satu
ayat. Justeru, kata ganda “perubahan-perubahan” digunakan dalam ayat di atas
tidak harus mengalami proses pengulangan.
|
|
8.
Kesalahan dari segi
Kata Pinjaman
Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa
Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain, penyesuaian ejaan dalam bahasa
Melayu dilakukan dengan mematuhi peraturan-peraturan khas seperti yang
ditentukan. Berdasarkan petikan, terdapat
satu kesalahan dari segi ejaan kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Kesalahan
tersebut menyebabkan struktur ayat yang tidak menepati ejaan perkataan bahasa
Melayu. Kesalahan dari segi kata pinjaman adalah seperti berikut :
|
Kesalahan Ejaan Kata Pinjaman dari petikan
|
Ayat yang dibetulkan
|
|
Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
|
Ibu
bapa hendaklah menjadi rol model kepada anak.
|
Konklusinya, melalui analisis yang dilaksanakan pada petikan “Cara
Mengatasi Masalah Sosial”, terdapat lapan jenis kesalahan yang telah dikesan. Penemuan
kesalahan-kesalahan tersebut adalah penting dan harus dibetulkan kerana
daripada itu dapat menyampaikan maksud yang tepat serta dapat memberi kefahaman
yang tidak mengelirukan kepada pembaca.
Analisis kesalahan bahasa yang jelas dan lengkap. Banyak memberikan informasi kepada saya. Bagus!
ReplyDeleteKesalahan tatabahasa telah dinyatakan dalm bentuk jadual. Sangat kemas dan mudah difahami.Bagus
ReplyDeleteBagus! Hasil analisis jelas, padat dan mudah difahami.
ReplyDeleteAnalisis kesalahan bahasa yang lengkap, jelas, dan mudah difahami.
ReplyDeleteTahniah!
Hasil analisis kesalahan bahasa yang jelas dan tepat. Penjelasan untuk setiap pembetulan meningkatkan kefahaman pembaca.
ReplyDeleteAnalisis yang kemas dan lengkap. Penggunaan warna yang berbeza untuk menunjukkan kesalahan tatabahasa kelihatan jelas. Syabas!
ReplyDeleteSusun atur kandungan yang baik!
ReplyDeleteBentuk penyampaian hasil analisis yang teliti~
ReplyDeletePenjelasan yang jelas dari segi jenis kesalahan yang wujud dalam petikan. Analisis yang jelas dan padat.
ReplyDeleteMaklumat yang diberi sangat mencukupi dan membantu tetapi contoh ayat terlalu panjang akan mudah mengkaburkan tumpuan yang ingin ditunjukkan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIsi kandungan dalam petikan menarik perhatian. Analisis yang dilakukan jelas dan amat berguna!
ReplyDeletePenjelasan analisis yang komprehensif dan jelas. Menyenangkan pembaca untuk mengetahui kesalahan dalam petikan
ReplyDeleteAnalisis yang tepat dan jelas, syabas!
ReplyDeleteHuraian analisis yang jelas dan tepat.
ReplyDeletePenjelasan yang mudah difahami.
ReplyDelete